Prosedur Dasar Pemberitahuan Maklumat Rakyat Management Services Sdn Bhd
Mana-mana pekerja atau orang awam yang mempunyai pengetahuan atau menyedari adanya kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) yang dilakukan atau akan dilakukan di dalam RAKYAT MANAGEMENT SERVICES SDN BHD digalakkan untuk membuat pendedahan dengan mengikuti prosedur-prosedur yang dinyatakan di dalam dokumen ini.
Saluran Pelaporan
Pendedahan boleh dibuat ke saluran pelaporan berikut, dengan cara kerahsiaan yang ketat:-
Pemberitahuan Maklumat Email : whistle@arrahnuxchange.com.my
Pemberitahuan Maklumat Email : whistle@arrahnuxchange.com.my
Pendedahan Identiti
Untuk membolehkan Syarikat memperuntukkan Pemberi Maklumat dengan perlindungan yang sewajarnya di bawah Dasar dan juga untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pendedahan tersebut, Pemberi Maklumat dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadinya seperti berikut: -
Nama
No. Kad Pengenalan
Maklumat Perhubungan (Pejabat/Bimbit/Rumah)
Skop Pelaporan
Sebarang kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi TIDAK terhad kepada yang berikut:-
Penipuan
Rasuah
Penyalahgunaan Kuasa
Konflik Kepentingan
Kecurian atau Penggelapan
Penyalahgunaan Harta Syarikat
Ketidakpatuhan kepada Prosedur
Hanya kebimbangan sebenar harus didedahkan. Pemberi Maklumat bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pendedahan dibuat dengan jujur dan bebas daripada sebarang niat jahat. Di samping itu, sebarang pendedahan yang didapati remeh atau menyusahkan tidak akan dilayan.
Sekiranya siasatan kemudiannya mendapati bahawa pendedahan dibuat dengan tujuan yang berniat jahat, tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap Pemberi Maklumat.
Kandungan Pendedahan
Sebarang pendedahan yang dibuat di sini hendaklah mengandungi maklumat berikut:-
Butiran orang yang terlibat
Butiran mengenai tuduhan
Sifat tuduhan
Di mana dan bila berlakunya dakwaan salah laku / kesalahan
Maklumat lain yang berkaitan
Sebarang bukti sokongan jika ada
Peruntukkan Perlindungan kepada Pemberi Maklumat
Seseorang Pemberi Maklumat akan diperuntukkan dengan perlindungan di bawah Dasar dengan syarat bahawa pendedahan dibuat dengan niat yang baik. Perlindungan sedemikian diperuntukkan walaupun siasatan kemudiannya mendedahkan bahawa Pemberi Maklumat tersebut keliru tentang fakta dan peraturan dan prosedur yang terlibat.
Perlindungan kepada Pemberi Maklumat boleh dibatalkan di bawah keadaan berikut, antara lain:-
Pemberi Maklumat berkelakuan tidak wajar
Pemberi Maklumat dengan sengaja mendedahkan kenyataan palsu
Pendedahan dibuat dengan niat jahat
Pendedahan tersebut adalah remeh atau menyusahkan
Perlindungan kepada Pemberi Maklumat boleh dibatalkan di bawah keadaan berikut, antara lain:-
Pemberitahuan Mengenai Hasil Pendedahan
Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahannya.
