About Us

About Us
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Contact Info

684 West College St. Sun City, United States America, 064781.

(+55) 654 - 545 - 1235

info@corpkit.com

Tadbir Urus

TADBIR URUS

Sebagai anak syarikat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM), sebuah institusi kewangan pembangunan, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) tidak terkecuali untuk mematuhi dasar-dasar tadbir urus dan budaya korporat BKRM sebagaimana termaktub dalam Polisi Tadbir Urus Korporat, Institusi Kewangan Pembangunan, yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Februari 2024.

Dasar-dasar yang terlibat adalah :

  • Code of Business Conduct & Ethics
  • No Gift Policy
  • DASAR PERKHIDMATAN - CODE OF BUSINESS CONDUCT & ETHICS

    Sebagai anak syarikat BKRM, kami mengamalkan standard etika dan professionalisme yang tinggi. Tatakelakuan perniagaan kami adalah berlandaskan beberapa prinsip dalam memberi khidmat pelanggan melindungi aset mereka dan menjalankan perniagaan dengan penuh bertanggungjawab. Teras prinsip etika RMS adalah seperti mana di BKRM iaitu :
    • (a) Integriti: Kami mengambil risiko dengan serius dan menanganinya secara berhemah, kita bertindak dengan integriti, tenaga dan semangat yang tinggi.
    • (b) Warga Kerja : Kami mengambil berat antara satu sama lain dan bekerja sebagai satu pasukan dengan menanamkan “Budaya R.A.K.Y.A.T”.
    • (c) Pelanggan : Kami meletakkan pelanggan kami di dalam perniagaan kami dan tidak henti untuk memenuhi jangkaan mereka.
    • (d) Ahli : Kami sentiasa berusaha untuk menjadi cemerlang dan memperbaiki cara kami melakukan sesuatu.
    • (e) Komuniti: Kami aktif dalam komuniti yang kami berkhidmat untuk menjana nilai ekonomi, sosial dan pendidikan.

    NO GIFT POLICY

    Di RMS juga, kami komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti, keadilan, dan ketelusan. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kami mengamalkan No Gift Policy bagi mengelakkan konflik kepentingan dan mengekalkan kepercayaan semua pihak. Polisi ini adalah terpakai bagi semua pihak berkepentingan termasuk pembekal, vendor atau mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan dengan RMS.