Wafer Emas – Ulang Tahun ke-70 Tahun Bank Rakyat, 2024 (RMS Gold)
Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) melalui RMS Gold memperkenalkan produk ekslusif Wafer Emas sempena sambutan 70 Tahun Bank Rakyat pada September 2024. Wafer emas ini didedikasikan sempena 70 tahun sumbangan dan perkhidmatan Bank Rakyat melalui sistem perbankan dan kewangan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Pelancaran produk ini juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun tersebut dalam kalangan warga kerja, pelanggan dan anggota Bank Rakyat.
Edisi khas Wafer Emas Ulang Tahun ke-70 Bank Rakyat menawarkan pelbagai varian produk iaitu Wafer Emas 1 gram, 5 gram, 10 gram dan Dinar Emas seberat 4.25 gram. Wafer Emas ini boleh dijadikan koleksi dan juga cenderamata tanda kenang-kenangan eksklusif serta simpanan terbaik untuk tempoh jangka masa panjang buat pembeli dan pengumpul koleksi wafer emas ini.
Bagi peringkat pertama, sebanyak 500 keping wafer emas ini telah pun dikeluarkan dan dalam edisi promosi jualan di seluruh negara. Keistimewaan produk wafer ini ialah dengan mengetengahkan rekaan motif logo bernombor 70 bersempena 70 Tahun Bank Rakyat berserta latar belakang bangunan Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR).
Kepada yang berminat, sila kunjungi Kiosk RMS Gold kami di Lobi MKBR yang beralamat No. 33, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur.
