Retreat Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS), 27 hingga 29 September 2024, Thistle Port Dickson, Negeri Sembilan (RMS)
Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) francaisor Ar-Rahnu X’Change (ARX) baru-baru ini telah menjalankan Retreat RMS dengan kehadiran 56 warga kerja RMS di Thistle Port Dickson, Negeri Sembilan. Retreat ini diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi warga kerja melalui slot ceramah yang disediakan selain mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah antara warga kerja.
Antara pengisian yang disediakan ialah slot Cara Bijak dalam Merancang Kewangan bersama Encik Afyan Mat Rawi (Infaq Consultancy Sdn. Bhd.) dan Pengurusan ‘Emotional Intelligence’ bersama Encik Zukernain Wook (Innotech Excel Consulting). Selain itu, perkongsian Rohani bersama Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza turut diadakan.
Dalam pada masa yang sama, warga kerja juga telah diberi peluang untuk membuat perbentangan mengenai tajuk-tajuk yang diberikan oleh Urusetia Retreat yang mana ia berkaitan dengan usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi dan kerjasama dalam kalangan staf di pejabat dan juga isu-isu semasa melibatkan kesihatan dan keselamatan pekerja di pejabat.
