RAKYAT MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
Kami mempunyai kepakaran dalam memastikan keaslian aset berharga anda dan pelaksanaan operasi Ar-Rahnu selaras Syariah. Kami komited mengurangkan serta mengawal sebarang bentuk kecuaian atau salah laku di peringkat cawangan. Pakar penilai emas kami menggunakan kaedah yang relevan dan mempunyai pengetahuan luas serta kemahiran tinggi dalam bidang emas serta industri Ar-Rahnu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi keperluan semasa.
SEMAKAN KETULENAN EMAS :
Menggunakan peralatan dan kaedah yang terkini dalam membuat penilaian mutu dan pengesahan ketulenan emas. Semakan merangkumi :
Ketulenan mutu emas
Kuantiti barang kemas/emas dalam sesuatu akaun
Teknik penilaian yang digunakan
Lain-lain isu berkaitan
SEMAKAN PEMATUHAN OPERASI AR-RAHNU :
Berdasarkan Polisi, Prosedur dan Garis Panduan yang ditetapkan, semakan merangkumi :
Transaksi Perniagaan Cawangan (Gadaian, Tebusan & Lelongan)
Pematuhan Syariah
Aliran Wang Tunai
Infrastruktur Premis & Peralatan Penilaian
Keselamatan
Lain-lain isu berkaitan
PELANGGAN KORPORAT :
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT :
Membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan ujian ketulenan bagi kes-kes sivil.
